Kesan kombinasi latihan AHI (Aerobic High Intensity) serta SEP (Speed Endurance Production) dan kombinasi latihan AMI (Aerobic Mod Intensity) serta SEM (Speed Endurance Maintenance) terhadap prestasi daya tahan kardiovaskular dan ketangkasan pemain bola sepak

Authors

  • Kamarul Dinis Kamarudin Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Zulakbal Abd Karim Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Thariq Khan Azizuddin Khan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

DOI:

https://doi.org/10.53797/fphj.v1i1.1.2022

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan kombinasi latihan serangan-bertahan terhadap prestasi daya tahan kardiovaskular dan ketangkasan mengubah arah bagi pasukan pemain bola sepak Presiden Negeri Sembilan sepanjang musim 2020. Seramai 36 orang pemain yang dipilih secara persampelan bertujuan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan intervensi A (n = 12) yang menjalani latihan AHI (Aerobic High Intensity) serta SEP (Speed Endurance Production). Manakala kumpulan intervensi B (n = 12) menjalani latihan AMI (Aerobic Mod Intensity) dan SEM (Speed Endurance Maintenance) dan kumpulan kawalan (n = 12) menjalani rutin latihan biasa pasukan. Ujian pra dan pasca dijalankan untuk menentukan kesan intervensi selama 6 minggu. Prestasi daya tahan kardiovaskular diukur menggunakan ujian MSRT (Multi Shuttle Run Test), manakala prestasi ketangkasan diukur menggunakan ujian BAT (Balsom Agility Test). Analisis statistik Repeated Measure MANOVA digunakan untuk menganalisis data. Hasil dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan signifikan (p>0.05) bagi kesemua  kumpulan (AHI/SEP, AMI/SEM, kawalan) semasa ujian pra terhadap daya tahan kardiovaskular dan ketangkasan. Walaubagaimanapun, kedua-dua kumpulan intervensi AHI/SEP dan AMI/SEM menunjukkan peningkatan prestasi yang signifikan (p>0.05) terhadap daya tahan kardiovaskular dan ketangkasan berbanding kumpulan kawalan semasa ujian pasca. Tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) yang ditunjukkan antara kedua-dua kumpulan intervensi semasa ujian pasca. Kesimpulannya, intensiti AHI dan AMI adalah relevan untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular manakala intensiti SEP dan SEM adalah relevan untuk digunakan bagi meningkatkan pergerakan kepantasan mengubah arah. Kedua-dua jenis intervensi AHI/SEP dan AMI/SEM sesuai digunakan sebagai latihan yang berintensiti tinggi dalam meningkatkan komponen kecergasan daya tahan kardiovaskular serta ketangkasan mengubah arah terhadap pemain bola sepak.

References

Alikarami, H., Nikbakht, M., & GHalavand, A. (2017). Effect of 8 weeks of continuous moderate intensity aerobic training on iron status in club-level football players. The Horizon of Medical Sciences, 23(2), 129-133.

Balsom, P., Gaitanos, G., Ekblom, B., & Sjödin, B. (1994). Reduced oxygen availability during high intensity intermittent exercise impairs performance. Acta Physiologica Scandinavica, 152(3), 279-285.

Bangsbo, J., Mohr, M., & Krustrup, P. (2006). Physical and metabolic demands of training and match-play in the elite football player. Journal of Sports Sciences, 24(07), 665-674.

Castagna, C., Impellizzeri, F. M., Chaouachi, A., Bordon, C., & Manzi, V. (2011). Effect of training intensity distribution on aerobic fitness variables in elite soccer players: a case study. The Journal of Strength & Conditioning Research, 25(1), 66-71.

Cicioni-Kolsky, D., Lorenzen, C., Williams, M. D., & Kemp, J. G. (2013). Endurance and sprint benefits of high-intensity and supramaximal interval training. European Journal of Sport Science, 13(3), 304-311.

Cross, K., Berger, H., Sherman, R., Verheijen, R., & Williams, M. (2013). The Football Coaching Process.

Australia: Football Federation Australia, Technical Department, Advanced Coach Education

Iaia, F. M., Fiorenza, M., Perri, E., Alberti, G., Millet, G. P., & Bangsbo, J. (2015). The effect of two speed endurance training regimes on performance of soccer players. PloS one, 10(9), e0138096.

Impellizzeri, F. M., Rampinini, E., & Marcora, S. M. (2005). Physiological assessment of aerobic training in soccer. Journal of Sports Sciences, 23(6), 583-592.

Ingebrigtsen, J., Shalfawi, S. A., Tønnessen, E., Krustrup, P., & Holtermann, A. (2013). Performance effects of 6 weeks of aerobic production training in junior elite soccer players. The Journal of Strength & Conditioning Research, 27(7), 1861-1867.

Jovanovic, M., Sporis, G., Omrcen, D., & Fiorentini, F. (2011). Effects of speed, agility, quickness training method on power performance in elite soccer players. The Journal of Strength & Conditioning Research, 25(5), 1285-1292.

Liu, H., Gomez, M.-Á., Lago-Peñas, C., & Sampaio, J. (2015). Match statistics related to winning in the group stage of 2014 Brazil FIFA World Cup. Journal of sports sciences, 33(12), 1205-1213.

Lloyd, R. S., Oliver, J. L., Radnor, J. M., Rhodes, B. C., Faigenbaum, A. D., & Myer, G. D. (2015). Relationships between functional movement screen scores, maturation and physical performance in young soccer players. Journal of Sports Sciences, 33(1), 11-19.

Mohr, M., & Krustrup, P. (2016). Comparison between two types of anaerobic speed endurance training in competitive soccer players. Journal of Human Kinetics, 51(1), 183-192.

Obradović, J., Vukadinović, M., Pantović, M., & Baić, M. (2016). HIIT vs moderate intensity endurance training: impact on aerobic parameters in young adult men. Acta Kinesiologica, 10(Suppl 1), 35-40.

Tenga, A., Holme, I., Ronglan, L. T., & Bahr, R. (2010). Effect of playing tactics on goal scoring in Norwegian professional soccer. Journal of Sports Sciences, 28:3, 237–244.

Vitale, J. A., Povìa, V., Vitale, N. D., Bassani, T., Lombardi, G., Giacomelli, L.,& La Torre, A. (2018). The effect of two different speed endurance training protocols on a multiple shuttle run performance in young elite male soccer players. Research in Sports Medicine, 26(4), 436-449.

Zouhal, H., Abderrahman, A. B., Dupont, G., Truptin, P., Le Bris, R., Le Postec, E., Sghaeir, Z., Brughelli, M., Granacher, U., & Bideau, B. (2019). Effects of neuromuscular training on agility performance in elite soccer players. Frontiers in Physiology, 947.

Downloads

Published

2022-06-13

How to Cite

Kamarudin, K. D. ., Abd Karim, Z. ., & Azizuddin Khan, T. K. . (2022). Kesan kombinasi latihan AHI (Aerobic High Intensity) serta SEP (Speed Endurance Production) dan kombinasi latihan AMI (Aerobic Mod Intensity) serta SEM (Speed Endurance Maintenance) terhadap prestasi daya tahan kardiovaskular dan ketangkasan pemain bola sepak. Fitness, Performance and Health Journal, 1(1), 1–9. https://doi.org/10.53797/fphj.v1i1.1.2022